Trump Menafikan Laporan Pemecatan Mueller, Mendakwa Ia Berita Palsu

458

Presiden Trump menyangkal laporan yang mengatakan beliau mengarahkan pemecatan Penyiasat Khas Robert Mueller tahun lalu dan mendakwa ia adalah ‘berita palsu’ pada Jumaat di Davos, Switzerland.

“Berita palsu. Berita palsu. Tipikal New York Times. Cerita palsu,” kata Trump kepada wartawan.

The New York Times melaporkan pada Khamis bahawa Trump pernah cuba untuk memecat Mueller pada Jun tahun lalu, tetapi dihentikan oleh penasihat White House Don McGahn.

Trump mendakwa Mueller berhadapan dengan konflik kepentingan dalam siasatan itu yang membatalkan beliau sebagai seorang penyiasat kes Rusia tersebut.

McGahn mengancam untuk meletakkan jawatan jika Trump memecat Mueller dengan mengatakan ia akan menimbulkan lebih banyak persoalan terhadap dakwaan halangan keadilan oleh Presiden Amerika Syarikat itu.

Perkembangan terbaru ini semakin hangat walaupun pada Rabu Trump mahu memberikan kerjasama kepada penyiasat khas Robert Mueller tentang pemecatan bekas pengarah FBI James Comey.

Trump kini masih berada di Davos Switzerland dalam forum ekonomi dunia (WEF). Pada masa artikel ini ditulis, beliau sedang memberi ucapan di hadapan ketua-ketua ekonomi dan ketua perniagaan di seluruh dunia. Beliau cuba meyakinkan ketua-ketua ekonomi dan perniagaan tentang polisi Amerika Syarikat masih terbuka kepada dunia dan mengajak pelabur-pelabur ke Amerika Syarikat dengan peluang yang lebih banyak dan terbuka kepada mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat