Tuah Bitcoin (BTC), Tesla Catat Keuntungan Lebih $2 Bilion!

2,414

Firma Elon Musk, Tesla kini memiliki lebih $2 bilion hasil pelaburan di dalam Bitcoin (BTC) berdasarkan harga aset tersebut didagangkan pada $59,328 ketika artikel ini ditulis.

Pada hari ini, Bitcoin mencatatkan pergerakan harga yang positif selepas kali terakhir dilihat pada awal Mei, didorong dengan spekulasi kelulusan ETF Bitcoin oleh Securities and Exchange Commission (SEC).

Buat masa sekarang, Tesla memiliki sekitar 43,200 BTC, bernilai $2.56 bilion.

Pada Februari, firma itu merekodkan pembelian Bitcoin bernilai $1.5 bilion sebelum dimasukkan ke dalam balance sheet.

Kemudian pada suku kedua (Q2), Tesla telah menjual 10% daripada pegangan Bitcoin ketika harga seunit didagangkan sekitar pada $50,000.

Musk menjelaskan keputusan yang diambil adalah bertujuan untuk membuktikan liquidity aset dan keupayaan Bitcoin sebagai alternatif kepada tunai.

Hasilnya penjualan tersebut, Tesla telah mengaut keuntungan bernilai $128 juta.

Dengan rekod pendapatan pelaburan Bitcoin pada hari ini, menjadikan keuntungan Tesla adalah sebanyak 65%, menyamai keuntungan penjualan 201,250 kereta pada suku kedua.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat