Tuah Coinbase NFT! 0x (ZRX) Melonjak Tinggi Lebih 64% Selepas Kerjasama Terbaharu

320

Hari ini mungkin hari kemenangan untuk pelabur 0x (ZRX) apabila token kripto ini mencatatkan lonjakan lebih 64%, menyentuh paras tertinggi harian, $1.18.

Rekod terkini merupakan yang tertinggi sejak Disember 2021.

Bagaimanapun, ZRX masih perlukan lonjakan sekurang-kurangnya 57% untuk menebus kembali paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 9 Januari 2018.

Mengapa ZRX ‘terbang’ tinggi?

Berdasarkan perkongsian terbaru di blog rasmi 0x semalam, lonjakan ZRX ada kaitan dengan kolaborasi dengan Coinbase NFT.

Berikut rincian kerjasama tersebut:

  • Coinbase NFT memilih protokol 0x untuk mendapatkan kos transaksi yang murah.
  • 0x v4 menawarkan keefisienan gas sehingga 54%, meringankan beban pengguna dan peminat NFT yang melakukan transaksi jual beli.
  • Sebagai rekod, 0x juga menyokong penukaran NFT untuk pelbagai rantai (multi-chain)dan kebanyakan standard token.

Coinbase NFT

  • Coinbase telah melancarkan produk terbaharu, Coinbase NFT dan buat masa sekarang ia masih dalam beta.
  • Hanya pengguna tertentu sahaja dibenarkan untuk pengaksesan beta berdasarkan senarai tunggu yang berdaftar sebelum ini.
  • Setakat ini Coinbase NFT cuma menawarkan penyenaraian koleksi NFT yang dibangunkan di Ethereum dan pembelian dilakukan di dalam ether (ETH).

Ketika penulisan, ZRX didagangkan sedikit rendah dari rekod tertinggi harian, $1.07 tetapi masih mengekalkan lonjakan lebih 46% untuk tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat