Tuduhan Peter Navarro Tidak Masuk Akal! : Menteri Kewangan Perancis

55

Menteri Kewangan Perancis, Michel Sapin berkata dalam satu temu bual bahawa Bank Pusat Eropah dikatakan tidak pernah memanipulasi kadar pertukaran Euro untuk memperoleh kepentingan di dalam perdagangan.

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan tuduhan yang dilemparkan terhadap Jerman sebelum ini kerana dikatakan mengeksploitasi kadar pertukaran untuk tujuan perdagangan.

Beliau turut menyifatkan bahawa tuduhan ini jelas tidak masuk akal.

Hal ini demikian kerana Euro merupakan matawang Zon Euro secara keseluruhannya dan bukan semata-mata dari Jerman. Sapin juga berharap agar Trump dapat menyedari kepentingan Kesatuan Eropah terhadap ekonomi Amerika Syarikat.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengatakan bahawa EU sedang dalam usaha untuk meningkatkan pertumbuhan dalam blok dan melakukan pembaharuan terhadap beberapa buah negeri.

Dagangan Logam Berharga Mula Suram Dalam Sesi Eropah!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat