Turki Akhirnya Benarkan Finland dan Sweden Sertai NATO

474

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg mengesahkan Turki bersetuju untuk menyokong permohonan Finland dan Sweden untuk menyertai NATO pada Selasa.

Stoltenberg memberitahu pemberita di luar sidang kemuncak NATO di Madrid, bahawa ketiga-tiga negara itu telah menandatangani memorandum yang menekankan mengenai isu kebimbangan Turki, termasuk mengenai eksport senjata dan memerangi keganasan.

Terdahulu, Finland dan Sweden secara rasmi memohon untuk menjadi sebahagian daripada pakatan keselamatan itu pada bulan Mei, yang didorong oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Bagaimanapun, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menolak untuk menyokong penyertaan itu.

Turki mendakwa kedua-dua negara tersebut melindungi anggota Parti Pekerja Kurdistan militan pemisah (PPK) yang dilihat Erdogan sebagai organisasi pengganas.

Jens Stoltenberg berkata Sweden bersetuju untuk meningkatkan usahanya berhubung permintaan ekstradisi Turki terhadap militan dan kedua-dua negara itu juga akan menarik balik sekatan mereka terhadap penjualan senjata kepada Ankara.

Dengan penerimaan Turki ini, ia akan membuka jalan lebih luas buat Sweden dan Finland untuk menyertai pakatan NATO.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat