Tweet Presiden Trump Adalah Amaran Kepada China – Mnuchin

687

Presiden Trump mahu memastikan China tidak memanipulasi matawangnya semula, kata Steven Mnuchin Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat pada Selasa. Ini adalah respon Mnuchin apabila ditanya tentang Tweet Trump padam Isnin yang mengkritik China bermain dengan menurunkan nilai matawang.

“Ia adalah amaran kepada China dan Russia tentang menurunkan nilai matawang. China telah menurunkan nilai matawangnya dahulu,” kata Mnuchin semasa program temubual di CNBC. “Mereka telah menggunakan banyak rizab mereka untuk menyokong semula matawang Yuan. Presiden hanya mahu memastikan mereka tidak mengubah perancangan tersebut, dan beliau sedang memerhati perkara itu.”

Mnuchin juga menegaskan tentang pendirian Trump untuk menyertai semula TPPA hanya jika Amerika Syarikat mendapat perjanjian yang lebih memihak kepada mereka.

Dalam perkembangan yang lain, Mnuchin mengatakan pertumbuhan ekonomi akan membantu dalam membayar hutang-hutang yang ada.

“Kami sekarang pada tahap selesa di mana pertumbuhan mencapai 3% atau pertumbuhan ekonomi yang kukuh lebih daripada itu,” kata beliau. Tambah beliau, pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi akan menggantikan pendapatan cukai yang telah mula dipotong pada awal tahun ini.

Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan potongan cukai White House pada Disember 2017 di mana cukai korporat diturunkan daripada 35% kepada 21%. Walaupun ia dijangka akan meningkatkan pertumbuhan, tetapi ada juga kritikan yang mengatakan bajet kerajaan akan menjadi semakin teruk.

White House terutamanya Trump dan Mnuchin mengekalkan keyakinan mereka terhadap keupayaan dan kebolehan pentadbiran baru mengimbangi semula defisit perbelanjaan kerajaan dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi yang lebih positif di masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat