Twitter 2.0 Bakal Diterajui CEO Baharu, Adakah DOGE Bakal Diiktiraf?

138

“Hmmm kalau DOGE tak naik juga tak tahu la nak cakap apa.”

Persoalan sudah terjawab apabila Elon Musk melaporkan bahawa Linda Yaccarino bakal mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter dalam tempoh enam minggu lagi manakala beliau pula berperanan sebagai Ketua Pegawai Teknologi (CTO).

Menerusi kenyataan Linda dalam akaun Twitter miliknya setelah pelantikannya disahkan, beliau memiliki keazaman sama seperti Musk dalam mencipta masa depan lebih cerah dan membantu penjenamaan semula syarikat tersebut.

Terdahulu semasa Musk memperoleh Twitter, beliau bukan sahaja mengurangkan pekerja dan menambah baik produk malah melakukan banyak perkara untuk mengaplikasikan Web3 serta ekosistem kripto dalam platform media sosial itu.

Selain itu, Musk turut bertindak menukar logo Twitter kepada memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) dalam beberapa hari sebelum menukarnya balik ke gambar asal, oleh itu ramai yang curiga sama ada aset digital itu akan beri impak positif di bawah pimpinan Linda.

Menurut Linda, beliau berhasrat mengambil maklum balas daripada komuntii untuk membangunkan Twitter 2.0, di mana matlamatnya adalah sejajar dengan visi awal Musk yang ingin menyepadukan perkhidmatan pembayaran dalam produk utama Twitter.

Sekiranya pelan pembayaran tersebut berjaya, DOGE termasuk kripto lain mungkin akan melihat prestasi memberangsangkan ditambah pula Linda mengikuti akaun memecoin itu dan Shiba Inu (SHIB) namun masih belum ada pengesahan sama ada beliau adalah pro-crypto.

Sehingga berita ini ditulis, harga DOGE melonjak sebanyak 1.28% pada paras $0.07305 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $10 bilion manakala SHIB raih sekitar 1.24% pada $0.000008881 tetapi tetap mencatatkan penurunan 0.68% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat