Linda Yaccarino Pengganti Elon Musk Sebagai CEO Baru Twitter!

273

Susulan pengumuman Elon Musk untuk berundur dari jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Twitter, Linda Yaccarino telah dinamakan sebagai individu yang akan menggantikannya.

Perkara tersebut diumumkan di Twitter, sehari selepas Musk mencetuskan spekulasi dengan menulis bahawa beliau telah menemui bos baharu tanpa mendedahkan identitinya.

Dalam ciapannya di laman ‘burung biru’ tersebut, jutawan itu mengalu-alukan Linda Yaccarino sebagai CEO baru di mana beliau akan memberi tumpuan terutamanya kepada operasi perniagaan.

Sementara Elon Musk pula akan bertanggungjawab dalam reka bentuk produk dan pembangunan teknologi baharu.

Linda Yaccarino adalah bekas pengerusi pengiklanan global dan perkongsian di NBCUniversal.

Sebagai ketua baru Twitter, beliau berdepan cabaran besar yang telah menimbun di bawah pemilikan Musk, termasuk isu pengiklanan, gangguan perkhidmatan, penelitian kawal selia dan saingan yang semakin meningkat.

Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat