Ujian Terbesar Eur/Usd Berkemungkinan di Paras 1.1500

48

Matawang Euro mencapai paras 1.1400 paras tertinggi 14 bulan lalu selepas sokongan oleh komen Presiden Draghi pada Selasa.

Kini Eur/Usd merekod kenaikan terbesar tiga hari dalam masa setahun sekaligus menolak indeks US dolar ke paras terendah sejak Oktober.

Ucapan Draghi pada Selasa telah diserap oleh pasaran sebagai ‘kurang dovish’ di mana ECB memberi isyarat pengurangan pelonggaran monetari beberapa bulan akan datang.

Sebentar tadi, data keyakinan pengguna Zon-Eropah melonjak pada Jun ke paras tertinggi 10-tahun lalu yang disokong oleh keyakinan dalam keseluruhan sektor ekonomi.

Sentimen tersebut meningkat ke paras 111.1 pada Jun dari 109.2 pada Mei berbanding jangkaan 109.5.

Eur/Usd kini merekod kenaikan empat bulan berturut-turut pada Jun selepas data-data ekonomi sejak tempoh tersebut merekod bacaan memberangsangkan. Selain itu, kenaikan ini juga dibantu oleh faktor kelemahan US dolar itu sendiri berikutan faktor geopolitik dan risiko politik di US.

Berkemungkinan ujian terbesar untuk Eur/Usd meneruskan kenaikan adalah 1.1500 untuk melepasi julat pergerakan besar yang jelas dilihat dalam time-frame weekly.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat