Ulasan Data NFP, Kadar Gaji Meleset Daripada Jangkaan Kenaikan 0.3%

91

Laporan data pekerjaan Amerika Syarikat yang terbaru menunjukkan lebih banyak pekerjaan yang bertambah ke dalam ekonomi pada November. Kadar pengangguran tidak berubah dan kekal di paras terbaik 4.1%. Manakala data gaji meningkat kurang daripada jangkaan pasaran.

Pekerjaan bertambah sebanyak 228,000 pada November berbanding 244,000 dicatat sebelum ini. Data bulan sebelum ini yang mencatat 261,000 telah dikaji semula kepada 244,000. Walaubagaimanapun, bacaan melebihi jangkaan pasaran 198,000.

Kadar pengangguran kekal di paras 4.1% sejajar dengan jangkaan pasaran menunjukkan pasaran buruh yang kekal baik.

Average hourly earnings pula hanya meningkat 0.2% kurang daripada jangkaan 0.3%, tetapi melebihi bacaan sebelum ini yang tidak berubah pada Oktober.

Kenaikan dalam kadar gaji sedang diteliti oleh Federal Reserve untuk mendapatkan lebih bukti tentang masalah kecil dalam pasaran buruh. Ia juga dilihat oleh bank pusat sebagai proksi kepada inflasi. The Fed juga mahu melihat sama ada terdapat tekanan terhadap kenaikan inflasi.

Dalam tambahan jumlah pekerjaan, komponen sektor swasta menambah seramai 221,000 pekerja baru berbanding jangkaan 190,000. Sektor kerajaan pula menambah 7,000 pekerja selepas merekod penurunan 3,000 pada Oktober. Kadar penyertaan tenaga buruh kekal stabil dengan 62.7% pada November.

Selain itu, purata bekerja seminggu meningkat kepada 34.5 jam pada November berbanding 34.4 jam sebelum ini.

Setakat ini pasaran tukaran matawang menunjukkan pergerakan yang signifikan selepas hampir 30 minit data dikeluarkan. Setakat pukul 9.57 malam, USD/JPY membuat penurunan 25 pip sejajar dengan data yang bercampur-campur di mana jumlah pekerjaan positif tetapi data gaji meleset daripada jangkaan 0.3%.

Ketika ini, kita juga dapat melihat kelemahan US dolar berbanding Euro, Aud, Swissy dengan emas turut membuat kenaikan.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat