Ulasan Faktor Penyebab Pergerakan Matawang Yen Sepanjang Minggu Ini (21-25 Mei)

434

Matawang Yen adalah matawang yang terkuat sepanjang minggu ini. Dengan tema besar pasaran yang boleh dianggap sebagai ‘Ketidaktentuan Polisi Trump’ telah menyebabkan peningkatan permintaan matawang safe-haven seperti Yen.

Dengan matawang Yen menjadi yang terkuat, ini adalah satu perubahan yang begitu besar kerana Yen adalah matawang paling lemah pada minggu lalu. Kenaikan ini juga telah mengakhiri kejatuhan dua minggu berturut-turut matawang Yen sebelum ini.

Apabila melihat kepada pergerakan keseluruhan, Yen bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor sentimen, tetapi juga dipengaruhi oleh faktor kejatuhan hasil-bon AS khususnya bon 10-tahun.

Sejak daripada penghujung sesi Selasa, pasaran disajikan dengan ketidaktentuan yang dibawa oleh Presiden Trump khususnya isu perdagangan global.

Pasaran pada Rabu tidak gembira dengan perkembangan semasa rundingan dagangan Amerika dengan China. Hal ini berlanjutan sehingga Khamis apabila beliau mengarahkan siasatan terhadap import kereta dan kemudiannya dikatakan merancang untuk menaikkan cukai import kereta sehingga 25%.

Dalam masa yang sama, ketidaktentuan politik Itali juga sedikit sebanyak mengganggu pasaran.

Terbaru, Trump pada Khamis mengutuskan surat kepada pemimpin tertinggi Korea Utara bahawa beliau membatalkan pertemuan bersama Jong-Un kerana sikap keras mereka dalam komen baru-baru ini. Trump dalam surat tersebut juga mengatakan Amerika mempunyai senjata nuklear yang lebh besar dan hebat. Hal ini sekaligus mencetuskan risiko geopolitik kerana pasaran melihat komen tersebut sebagai satu ancaman seterusnya telah melonjakkan Yen pada Khamis, dan juga Swissy dan emas.

Namun, matawang safe-haven pada Jumaat sedikit lemah apabila Korea Utara memberikan respon positif terhadap surat tersebut. Korea Utara menyatakan kesediaan dan keterbukaan mereka untuk menyelesaikan isu bersama Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat