Ulasan : Ini 4 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Apa Yang Berlaku Pada Huawei Pada Hari Ini!

2,046

1)Pada hari ini, media massa heboh memperkatakan tentang Huawei apabila Google dilapor telah menggantung kerjasama dengan Huawei berkuat kuasa serta-merta. Hal ini memberi satu tamparan besar terhadap syarikat telekomunikasi kedua terbesar dunia itu yang kini sedang diusahakan untuk disenarai hitam oleh pentadbiran Amerika Syarikat.

Dengan ini Google terpaksa menghentikan aktiviti perniagaan bersama Huawei yang membabitkan pemindahan peralatan, perisian dan perkhidmatan teknikal yang tidak disediakan secara umum. Ini bermakna, Huawei hanya boleh menggunakan versi sumber terbuka Android.

2) Walaubagaimanapun, Huawei telah memuat naik kenyataan balas bahawa syarikat mereka berjanji akan terus menyediakan kemas kini keselamatan dan perkhidmatan selepas jualan untuk semua produk telefon pintar dan tablet Huawei.

Selain itu, pihak Huawei turut mengesahkan bahawa pengguna produk Huawei sedia ada masih boleh menggunakan perkhidmatan seperti Play Store dan Play Protect. Cuma untuk produk Huawei pada keluaran akan datang kemungkinan besar akan menggunakan versi Android tanpa perkhidmatan Google iaitu Android Open Source Project (AOSP).

3) Untuk pengetahuan anda, Huawei juga telah mengesahkan pada Mac lalu bahawa syarikat mereka telah membangunkan sistem operasi mereka sendiri yang boleh menggantikan Google Android dan Microsoft Windows. Sistem pengoperasian sendiri itu dikenali sebagai ‘Hongmeng’ yang sudah bermula sejak 2012.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Richard Yu pihaknya telah menyediakan sistem operasi sendiri dan bersedia sekiranya berlaku sebarang sekatan.

4) Selain penundaan kerjasama perniagaan antara Google dan Huawei, beberapa syarikat teknologi besar lain seperti Qualcomm, Intel, Xilinx Inc dan Broadcom Inc turut mengikuti jejak langkah Google. Menurut sumber dari Bloomberg, syarikat pengeluar cip tersebut telah memberitahu kakitangan masing-masing supaya tidak menyediakan bekalan kepada Huawei sehingga diberitahu. Walaubagaimanapun, setakat ini belum ada ulasan lanjut oleh syarikat pengeluar cip.

Tamsilnya, jika perang dagang ini masih berterusan atau tidak membawa kepada pemulihan, Huawei terpaksa mencari alternatif lain atau jika tidak ia akan kehilangan banyak perkara penting dalam perniagaannya. Hal ini sudah tentu China tidak akan suka perkara tersebut berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat