Ulasan Minit Mesyuarat FOMC Pagi Tadi, Ketidaktentuan Menyelubungi Pasaran

66

Minit mesyuarat FOMC (Federal Reserve Open Market Committee) baru sahaja dikeluarkan pagi tadi dan mesej utama dalam mesyuarat itu adalah ‘peningkatan ketidaktentuan dalam ramalan ekonomi dan jangkaan kepada perubahan polisi fiskal’.

Hampir semua ahli FOMC melihat risiko peningkatan kepada ramalan pertumbuhan dengan jangkaan polisi fiskal pengembangan (expansionary) di bawah pentadbiran Trump. Ahli-ahli memberi pendapat masing-masing tentang ketidaktentuan tentang masa, jumlah, agihan polisi fiskal dan polisi ekonomi yang lain.

Terdapat juga upside risk kepada aktiviti ekonomi US yang berpunca dari kerancakan ekonomi negara lain dan juga peningkatan pelaburan. Upside risk’ dalam hal ini adalah, ketidaktentuan bagi peningkatan ekonomi di US. Selain itu, FOMC juga menegaskan risiko kepada ekonomi, jika US dolar menguat secara berterusan.

Majoriti ahli juga melihat peluang kenaikan kadar lebih pantas, yang disebabkan peningkatan inflasi. Selain itu, pasaran buruh yang semakin meningkat juga akan memperbaiki bahagian ekonomi yang masih bermasalah.

Sesetengah ahli FOMC berpendapat ‘upside risk‘ kepada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan telah meningkatkan ‘upside risk‘ kepada ramalan inflasi mereka.

Kesemua ahli juga bersetuju untuk terus memerhatikan dan meneliti petunjuk inflasi di US dan peningkatan dalam ekonomi global.

Secara keseluruhan, minit mesyuarat kali ini banyak membicarakan tentang ketidaktentuan dalam ekonomi US dengan potensi polisi fiskal di bawah Trump. Hal ini dilihat wajar kerana pasaran masih menunggu kemasukan Trump ke White House pada 20 Januari ini.

Dengan semua ketidaktentuan ini, US dolar dilihat akan membuat pembetulan harga (correction) dalam jangka pendek, sementara pasaran menunggu maklumat yang lebih jelas dari pentadbiran baru US. Kesimpulannya, dengan ketidaktentuan yang begitu tinggi ini, sentimen sebelum ini yang menyokong US dolar dilihat telah berubah kepada sebaliknya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat