Ulasan News Besar Data Pekerjaan UK dan Sebab Kejatuhan GBP

884

Kadar gaji di Britain meningkat kurang daripada peningkatan inflasi walaupun kadar pengangguran jatuh ke paras terendah sejak tahun 1975.

Gaji dalam tempoh 3 bulan sehingga Februari hanya meningkat 2.80% tidak berubah daripada bacaan sebelum ini. Namun, bacaan terkini kurang daripada jangkaan pasaran 3.00%.

Reaksi awal kepada pasaran forex adalah kejatuhan matawang GBP selepas data ini dikeluarkan. Data secara keseluruhan agak bercampur-campur, tetapi tumpuan adalah kepada data pendapatan yang meleset daripada jangkaan. Disebabkan itu, matawang GBP jatuh pada pukul 4.30 petang tadi.

Kenapa data gaji menyebabkan GBP jatuh? Petunjuk gaji pekerja adalah indikator penting bagi melihat tren inflasi di sesebuah negara. Jika gaji kurang meningkat, kita boleh katakan kesannya kepada kenaikan inflasi juga rendah dan mengurangkan potensi kenaikan kadar faedah.

Dalam masa yang sama kadar pengangguran jatuh ke paras terendah 4.20% yang merupakan paras terendah sejak tahun 1975.

Matawang GBP boleh dikatakan matawang terkuat pada Selasa sehingga pembukaan sesi London. Setakat ini pada pukul 4.54 petang, pair-pair GBP dilihat tertekan dengan GBP/USD, GBP/JPY masing-masing telah jatuh sebanyak 40 pip dan 48 pip.

Pasaran menjangka Bank of England (BoE) akan menaikkan kadar faedah pada Mei. Ini adalah satu sebab yang banyak menyokong kenaikan matawang GBP sejak beberapa minggu yang lalu.  Namun, dengan data pendapatan yang kurang memberangsangkan mengurangkan sedikit potensi untuk bank pusat menaikkan kadar faedahnya pada bulan Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat