Ulasan News Besar ECB & Kesannya Kepada Kejatuhan Euro

970

Mario Draghi (Presiden ECB) menegaskan keperluan polisi monetari yang akomodatif pada Selasa. Dalam masa yang sama menyatakan bank pusat itu (European Central Bank) sedang menuju ke arah yang kurang dovish khususnya dalam pelonggaran kuantitatif.

Matawang Euro membuat kenaikan selepas kenyataan awal polisi dikeluarkan pada pukul 8.45 malam tadi. Sememangnya kenyataan yang dikeluarkan adalah hawkish kerana ayat dovish dalam kenyataan bulan Januari telah dibuang dalam kenyataan polisi kali ini.

ECB juga mengeluarkan unjuran ekonomi terbarunya dalam pengumuman polisi kali ini di mana unjuran pertumbuhan ekonomi tahun 2018 dinaikkan dari 2.3% kepada 2.4%. Manakala unjuran untuk tahun 2019 dan 2020 dikekalkan.

Dari segi ketidaktentuan polisi di Amerika Syarikat ataupun secara spesifik tindakan terbaru presiden Trump, Draghi mengatakan kesannya tidak begitu besar. Tetapi masih bimbang dengan perkara tersebut.

Walaupun dalam kenyataan awal ECB agak hawkish, tetapi Draghi dilihat lebih dovish sepanjang sidang medianya pada Khamis.

Apa yang menyebabkan kejatuhan kepada matawang Euro adalah komen Draghi terhadap inflasi yang masih terhalang untuk naik. Unjuran inflasi untuk tahun 2019 juga diturunkan kepada 1.4% dari 1.5% sebelum ini. Walaubagaimanapun, unjuran inflasi bagi tahun 2018 dan 2020 kekal. Penurunan unjuran inflasi 2019 dianggap mengurangkan potensi lanjutan pengetatan polisi monetari ECB di masa hadapan.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat