Ulasan News Besar Matawang AUD – RBA Kekal Kadar Tunai 1.50%

526

Matawang Aussie (AUD) menguat selepas penetapan dasar monetari RBA pukul 12.30 tengah hari pada Selasa. AUD dilihat menguat berbanding beberapa matawang yang lain dengan AUD/USD naik hampir 50 pip.

Reserve Bank Australia (RBA) mengekalkan kadar tunai (cash rates) untuk 25 bulan berturut-turut. Kadar tunai bank pusat Australia itu dikekalkan pada kadar 1.50% sejak Ogos 2016. Untuk rekod, kali terakhir kadar tunai dinaikkan adalah pada November 2010.

Walaupun sudah lama tidak menaikkan kadar tunai rasmi RBA, salah satu bank terbesar di Australia, Westpac menaikkan kadar hutang perumahan (mortgage rates). Bank yang lebih kecil pula telah menaikkan kadar itu secara beransur-ansur sejak 12 bulan yang lalu disebabkan peningkatan kos pembiayaan.

Penganalisis berpendapat kadar tunai akan terus kekal sekurang-kurangnya sehingga Januari 2020.

Dalam kenyataannya, Gabenor Philip Lowe berkata “kadar faedah yang rendah terus menyokong ekonomi Australia. Dijangka pengangguran akan berkurangan dan inflasi kembali ke paras sasaran, namun secara beransur-ansur.”

Data pertumbuhan ekonomi suku kedua Australia akan dikeluarkan pada Rabu dan dijangka merekodkan bacaan tahunan yang merosot kepada 2.8% dari 3.1%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat