Ulasan News Besar Non-Farm Payroll NFP

160

Data pekerjaan US baru saja dikeluarkan puku 8.30 malam tadi di mana 211,000 tambahan pekerjaan bukan perladangan di US bertambah dalam ekonomi berbanding jangkaan pasaran sebanyak 194,000.

Data pada bulan Mac juga telah dikaji semula kepada 79,000 berbanding yang dilapor sebelum ini iaitu 98,000.

Jumlah pekerjaan dalam sektor pembuatan meningkat sebanyak 6,000 pada April, manakala dalam sektor perkhidmatan terdapat sedikit pemulihan selepas merekod dua bulan kemerosotan sebelum ini.

Sektor awam menambah sebanyak 17,000 pekerjaan berbanding tambahan 2,000 pekerjaan yang direkod sebelum ini yang jauh melonjak tinggi.

Kadar pengangguran pula merekod penurunan yang agak mengejutkan dengan 4.4% pada April dari 4.5% sebelum ini di mana jangkaan pasaran adalah kadar naik kepada 4.6%.

Jumlah penyertaan tenaga buruh pula berkurangan sedikit kepada 62.9% dari 63% sebelum ini. Penyertaan tenaga buruh ialah mereka yang diambil bekerja dan sedang sktif mencari pekerjaan.

Purata pendapatan akan terus menjadi perhatian penting pasaran dengan impak tekanannya kepada inflasi dalam ekonomi.

Average hourly earnings naik 0.3% sejajar dengan jangkaan pasaran walaupun kenaikan dari segi tahunan cuma 2.5% berbanding sebelum ini yang merekod 2.7%.

Kini potensi kenaikan kadar The Fed meningkat ke paras 74.1% berbanding sesi Khamis pada 67.1%.

Secara keseluruhan data hari ini tidaklah memberi impak besar kepada pasaran dengan data yang positif, tetapi memberi sedikit sahaja keraguan disebabkan data gaji di mana hanya merekod kenaikan 2.5% dalam masa 12 bulan sehingga April berbanding 2.7% sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat