Ulasan News Penggerak Matawang Euro Sepanjang Minggu Ini (21-25 Mei)

597

Euro dijangka sekali lagi merekodkan kejatuhan dan setakat ini merupakan matawang kedua paling lemah pada minggu ini. Untuk pengetahuan anda, matawang Euro telah merekodkan kejatuhan selama empat minggu berturut-turut.

Matawang Euro memulakan dagangan dengan pergerakan bercampur-campur pada Isnin sebelum cuba untuk melonjak pada Selasa. Namun tiada sebab yang jelas kepada kenaikan Euro pada hari tersebut, dan ia dipercayai disebabkan keputusan Kesatuan Eropah (EU) yang mahu memulakan rundingan perdagangan bebas bersama Australia dan New Zealand.

Selain itu, antara berita baik pada Selasa juga adalah keputusan China yang memotong tariff kereta import daripada 25% kepada 15% bermula pada 1 Julai.

Namun, kenaikan itu tidak bertahan lama apabila perkembangan politik Itali mencuri perhatian pasaran Eropah. Parti 5-Star Movement dan League Party dikatakan mahu Paolo Savona menjadi menteri ekonomi yang mana pasaran berpendapat Savona adalah anti-euro.

Euro terus berhadapan dengan kejatuhan apabila data PMI Zon-Eropah dikeluarkan pada Rabu. Salah satu daripada komponen indeks iaitu, indeks pengeluaran komposit yang menganggar prestasi sektor pembuatan dan perkhidmatan di Zon Eropah jatuh ke paras terendah 18 bulan lalu, sekaligus mengurangkan potensi pengetatan polisi monetari ECB di masa akan datang.

Euro membuat sedikit pemulihan pada Khamis, apabila US dollar melemah berbanding matawang utama yang lain disebabkan oleh risiko geopolitik AS-Korea Utara.

Hari ini pada Jumaat, Euro dilihat meneruskan kejatuhannya berikutan ketidaktentuan politik Itali yang berterusan. Selain itu, satu lagi ketidaktentuan politik Eropah tercetus di Spanyol apabila terdapat potensi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Mariano Rajoy.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat