Ulasan Pasaran: Dollar Diniagakan Kukuh Berbanding Matawang G-10

767

[Artikel Tajaan]

Dollar Amerika telah diniagakan kukuh berbanding matawang negara G-10 yang lain selepas bank pusat Switzerland telah melaksanakan pemotongan kadar faedah semalam.

Tindakan bank pusat negara itu sekaligus mewujudkan sentimen baharu pasaran bahawa kebarangkalian bank pusat negara G-10 yang lain bakal melaksanakan pendekatan polisi kewangan yang sama berbanding Fed di mana ia masih lagi dilihat mengekalkan kadar faedah untuk tempoh yang lebih lama.

Di antara kesemua matawang G-10, Dollar Australia dilihat telah diniagakan paling lemah berbanding matawang yang lain.

Pengukuhan dollar Amerika turut juga disumbang oleh faktor kelemahan matawang dagangan saingan Chinese Yuan apabila bank pusat negara itu telah melaksanakan penurunan kadar sejak Februari 2024.

Laporan data ekonomi Amerika yang telah diterbitkan semalam iaitu data “housing, manufacturing dan labor” telah menunjukkan pengukuhan yang ketara terhadap ekonomi di Amerika.

Oleh yang sedemikian, pasaran kini melihat pelaksanaan pemotongan kadar faedah tidak akan dilaksanakan secara terburu-buru oleh Fed. Jerome Powell berucap pada mesyuarat FOMC siri Mac 2024 baru-baru ini dan menyatakan Fed dijangka akan melaksanakan pemotongan kadar faedah pada tahun 2024 sebanyak tiga kali.

Di sudut lain, minyak dan emas telah diniagakan rendah sejak semalam apabila pasaran kini menilai semula landskap dan corak pelaksanan polisi kewangan bank pusat sedunia.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat