Ulasan Penetapan Polisi BoE, Matawang GBP Melonjak Tinggi

77

Bank of England mengatakan dalam kenyataan rasmi pukul 7 malam tadi bahawa kenaikan kadar faedah pertama sejak lebih daripada sedekad lalu mungkin perlu dalam beberapa bulan akan datang, jika ekonomi terus berkembang dan tekanan inflasi terus meningkat.

Ahli bank pusat mengundi 7-2 bagi menetapkan kadar faedah 0.25% seperti yang dijangka pasaran, tetapi mereka berkata toleransi mereka terhadap inflasi di atas sasaran semakin berkurang. Oleh sebab itu, kadar faedah boleh meningkat lebih pantas daripada apa yang pasaran jangkakan.

“Majoriti ahli MPC berpendapat, jika ekonomi terus bergerak mengikut unjuran dengan prospek pengurangan masalah kecil ekonomi dan kenaikan tekanan inflasi secara beransur-ansur…oleh itu, berkemungkinan pengurangan rangsangan monetari adalah perlu dalam beberapa bulan akan datang,” kata bank pusat.

BoE mengatakan prestasi ekonomi adalah lebih baik daripada yang dijangka bulan lalu, dan inflasi berpotensi naik melebihi 3 peratus pada Oktober – sedikit melebihi jangkaan sebelum ini – inflasi bulan lalu merekod kenaikan ke paras 2.9%.

Namun, “masih tidak jelas begaimana pengukuhan pertumbuhan ekonomi GDP dalam jangka masa sederhana”, dengan alasan ketidaktentuan bagaimana isirumah dan perniagaan akan memberi reaksi terhadap proses Brexit.

Walaupun undian ketika ini masih menunjukkan kadar faedah ditetapkan pada 0.25% dengan undian 7-2, tetapi sesetengah pemain pasaran melihat Haldane akan mengikuti McCafferty dan Saunders menaikkan kadar faedah kepada 0.5%.

Prestasi ekonomi Britain adalah lebih baik daripada jangkaan pada 2016, namun perlahan pada separuh pertama 2017. Namun, kebimbangan BoE terhadap inflasi naik berlebihan semakin berkurangan walaupun ekonomi berkembang kukuh dalam jangka sederhana.

Bank pusat mengatakan kenaikan inflasi melebihi sasaran 2% adalah berikutan kejatuhan nilai Pound selepas undian Brexit.

Bank of England mengatakan pertumbuhan gaji 2.1% dalam tempoh tiga bulan sehingga Julai adalah kukuh daripada jangkaan. Tiada sidang media selepas penetapan polisi ini, dan Carney dijangka akan berucap di IMF Washington pada Isnin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat