Ulasan Penggerak Pasaran Forex Minggu Ini (15-19 Mei)

61

Matawang US dolar kini terus berada di bawah tekanan sejak minggu lalu dengan indeks US dolar kini berada di bawah paras 98.00. Hal ini disebabkan tidak lain tidak bukan oleh Trump dan lebih tepat lagi risiko politik yang disebabkan oleh beliau.

Sentimen politik US menjadi buruk apabila Presiden Trump memecat Pengarah FBI Comey di tambah dengan laporan bahawa beliau berkongsi maklumat rahsia dengan Rusia.

Ketegangan semakin memuncak pada Selasa apabila terdapat laporan bahawa Presiden Trump pernah menggesa Comey untuk menggugurkan siasatan terhadap bekas penasihat keselamatan US Michael Flynn.

Kita dapat lihat US dolar secara keseluruhan melemah berbanding enam matawang utama yang lain di mana Eur/Usd kini didagang di sekitar 1.1207 yang merupakan paras tertinggi sejak pilihanraya Presdien US November lepas.

Dalam suasana sentimen yang diburukkan oleh risiko politik ini telah menyebabkan aliran modal ke aset yang lebih selamat seperti bon, emas, Yen dan CHF.

Jelas dilihat Usd/Jpy jatuh sejak minggu lalu sehingga kini ditutup pada 111.25, di mana Usd/Chf pula ditutup pada harga 0.9728. Emas pula kini merekod keuntungan sejak minggu lepas.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu ini dan minggu lepas untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

08 – 12 Mei 15 – 19 Mei
Eur/Usd- 183 pip volatile Eur/Usd- naik 290 pip
Usd/Jpy– 199 pip volatile Usd/Jpy– jatuh 363 pip
Gbp/Usd– jatuh 145 pip Gbp/Usd– naik 183 pip
Usd/Chf- naik 227 pip Usd/Chf- jatuh 293 pip
Usd/Cad– naik 127 pip Usd/Cad– jatuh 214 pip
Aud/Usd– volatile 95 pip Aud/Usd– naik 85 pip
Nzd/Usd– volatile134 pip Nzd/Usd– naik 99 pip

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat ulasan kalendar ekonomi utama sepanjang minggu ini.

  • Jualan runcit New Zealand (Isnin)

Jualan runcit (retail-sales) New Zealand meningkat dengan pantas lebih dari jangkaan pada suku pertama 2017, di mana kebanyakan sektor merekod kenaikan. Hal ini menunjukkan penggunaan domestik yang sedang memandu ekonomi ke hadapan. New Zealand merekod kenaikan 1.5% pada suku pertama berbanding 0.8% pada suku keempat 2016. Jangkaan bagi data kali ini ialah kenaikan 1.1%.

  • Harga pengguna, CPI UK (Selasa)

Harga pengguna (CPI) UK naik 0.5% pada April manakala dari tahun ke tahun kadar tersebut naik kepada 2.7% dari 2.3% bulan sebelum itu. Bacaan kali ini lebih dari jangkaan pasaran iaitu kenaikan 2.6% dan merupakan bacaan tertinggi sejak Jun 2013. Inflasi teras (Core-Inflation) naik kepada 2.4% dari 1.8% dan melebihi jangkaan pasaran iaitu 2.2%. Terdapat kejatuhan harga dalam komponen bahan api di mana harga pakaian dan harga elektrik menjadi komponen penting menolak harga ke atas.

  • Minit mesyuarat RBA (Selasa)

Bank pusat Australia (RBA, Reserve Bank of Australia) masih lagi memberi perhatian kepada risiko peningkatan mendadak harga rumah. “Pertumbuhan dalam kredit perumahan terus mengatasi pertumbuhan dalam pendapatan isirumah yang menunjukkan risiko terhadap penyata imbangan isirumah semakin meningkat,” menurut kenyataan minit mesyuarat RBA pada 2 Mei.

  • Harga pengeluar New Zealand (Rabu)

Harga pengeluar New Zealand naik lebih pantas daripada jangkaan pada suku pertama 2017 di mana pergerakan trend inflasi terus stabil di tahap perkilangan. Harga yang dibayar pengeluar (harga input) naik 0.8% pada suku keempat 2016 berbanding kenaikan 1.5% pada suku ketiga.

  • Data pekerjaan UK (Rabu)

Kadar pengangguran UK berkurangan kepada 4.6% pada Mac dari 4.7% yang direkodkan sebelum itu. Data kali ini juga kurang dari jangkaan pasaran 4.7% dan merupakan bacaan terendah sejak 1975. Manakala tuntutan faedah pengangguran (Claimant count change) meningkat 19,400 pada April berbanding 33,500 tuntutan yang direkod sebelum itu. Manakala pendapatan purata akan terus menjadi perhatian penting di mana ia akan memberi kesan penting kepada inflasi seterusnya jangkaan kadar faedah. Indeks perubahan gaji meningkat 2.4% pada Mac dari 2.3% sebelum ini yang sejajar dengan jangkaan pasaran.

  • Harga pengguna,CPI Zon Eropah (Rabu)

Harga pengguna (CPI) Zon Eropah pada April sah berada di paras 1.9% sejajar dengan bacaan sebelum ini dan lebih tinggi daripada 1.5% yang direkod pada bulan sebelum itu. Manakala inflasi teras (core-inflation) juga disahkan berada di sekitar 1.2% dari 0.7% sebelum ini di mana kedua-dua bacaan sejajar dengan jangkaan pasaran.

  • Jualan sektor pembuatan Kanada (Rabu)

Jualan dalam sektor pembuatan Kanada meningkat 1.0% pada Mac yang sejajar dengan jangkaan pasaran. Data sebelum ini iaitu pada Februari merekod kejatuhan 0.6% jika dibandingkan dengan kemerosotan jualan 0.2% yang dilapor sebelum ini.

  • Data inventori minyak US, EIA (Rabu)

Inventori minyak mentah berkurangan sebanyak 1.8 juta tong pada minggu berakhir 12 Mei berbanding kemerosotan 5.2 juta tong yang dicatatkan sebelum itu. Jangkaan kepada data kali ini ialah pengurangan 2.5 juta tong yang jauh lebih tinggi berbanding data sebenar kali ini. Kejatuhan inventori kali ini merupakan kejatuhan minggu keenam berturut-turut seperti yang dilaporkan oleh EIA.

  • Data pekerjaan Australia (Khamis)

Pasaran pekerjaan Australia semakin baik pada April walaupun jumlah pekerjaan yang direkodkan sebelum itu lebih besar. Ini merupakan bulan ke tujuh berturut-turut Australia menambah pekerjaan secara positif berikutan pemulihan ekonomi secara keseluruhan. Walaupun prestasi kali ini begitu memberangsangkan, tetapi prestasi inilebih dicorakkan oleh pekerjaan separuh-masa yang meningkatkan kebimbangan terhadap kemampuan ekonomi Australia menyediakan pekerjaan yang berkualiti.

  • Jualan runcit UK (Khamis)

Pejabat Statistik Kebangsaan UK melaporkan bahawa data jualan runcit meningkat sebanyak 2.3 peratus pada bulan April berbanding penurunan sebanyak 1.4 peratus di dalam bulan sebelumnya. Kebangkitan data jualan runcit dengan bacaan yang lebih besar berbanding jangkaan itu secara tidak langsung mengukuhkan keyakinan terhadap ekonomi British. Angka tersebut juga merupakan bacaan tertinggi yang dicapai sejak Januari 2016.

  • Jumlah tuntutan pengangguran US (Khamis)

Jabatan Buruh US melaporkan pengurangan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) sebanyak 4,000 tuntutan kepada 232,000 bagi minggu berakhir pada 12 Mei berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 236,000 tuntutan. Data yang dikeluarkan ini lebih rendah dari jangkaan penganalisis sebanyak 240,000 jumlah tuntutan pengangguran.

  • Harga pengguna CPI Kanada (Jumaat)

Harga pengguna Kanada naik 0.4% pada April berbanding jangkaan pasaran 0.5% pada tempoh sama. Dalam tempoh 12 bulan sehingga April 2017 harga pengguna tidak berubah dari 1.6% yang direkod sebelum ini di mana lebih rendah dari jangkaan pasaran. Manakala inflasi-teras (Core-inflation) merosot kepada 1.1% dari 1.3% berbanding jangkaan kenaikan 1.4%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat