Ulasan Penuh Penguatan US Dolar Dalam FOMC Pagi Tadi

45

Dalam sidang media pagi tadi, Pengerusi The Fed Janet Yellen menyatakan keputusan untuk menaikkan kadar adalah hasil daripada undian daripada keyakinan ekonomi yang semakin baik. Kadar dinaikkan sebanyak 25 mata asas dari 0.50% kepada 0.75%. Beliau menjangkakan kadar baru ini hanya mempunyai sedikit impak kepada ekonomi yang terbukti kukuh.

Dalam analisis ‘dot plot’ The Fed juga telah membangkitkan keyakinan kepada peningkatan kadar pada 2017 di mana ia menunjukkan potensi tiga kali kenaikan pada 2017 berbanding dua kali pada mesyuarat November.

Menurut Yellen, polisi monetari masih akomodatif (accomodative) berikutan keputusan yang telah dibuat. Hal ini hanyalah sederhana berdasarkan Fed Funds Rate di paras 0.75%. Polisi monetari akomodatif ialah tindakan bank pusat menambahkan bekalan wang untuk meningkatkan aktiviti ekonomi.

Perubahan yang dibuat ini disebabkan pengurangan kadar pengangguran yang tidak dijangka sehingga ke paras 4.6%. Ada juga ahli FOMC yang membincangkan tentang potensi perubahan kepada percukaian US untuk melaraskan jangkaan ekonomi mereka.

Dalam memberi komen tentang potensi perubahan polisi fiskal, Yellen mengatakan The Fed akan terus memberi perhatian dan meneliti hal ini jika perlu untuk mengubah jangkaan ekonomi mereka. Yellen dilihat meragui keperluan polisi fiskal pada masa ini dengan pengurangan kadar pengangguran yang tinggi pada kadar 4.6%.

Inflasi merupakan tumpuan The Fed selama ini selain kadar pengangguran dan mengatakan bank pusat tidak mahu melihat kadar inflasi semasa terus berada di bawah paras 2.0%. Ketika ini kadar inflasi US adalah 1.60%.

Selain itu, apabila ditanya pendapat tentang polisi fiskal Trump, Janet Yellen mengatakan ketidaktentuan yang begitu tinggi kepada keadaan yang menyelubungi ekonomi khususnya polisi-polisi ekonomi yang akan dibawa oleh pentadbiran baru dan The Fed akan terus meneliti hal ini dalam proses pembuatan keputusan mereka.

Secara keseluruhan, Moshed.com melihat komen Yellen yang bercampur-campur antara dovish dan hawkish. Beliau begitu dovish apabila menyatakan tentang jangkaan ekonomi di masa hadapan. Manakala dari segi ekonomi semasa, kita melihat beliau begitu hawkish dengan inflasi dan pasaran pekerjaan semasa. Tetapi dengan potensi tiga kenaikan kadar pada 2017, cukup untuk memberikan kita gambaran keyakinan terhadap ekonomi US di masa hadapan walaupun polisi Trump masih dilihat sebagai ketidaktentuan.

Hal ini memberikan momentum kepada penguatan US dolar pagi tadi walaupun pada mulanya Eur/Usd seakan-akan sukar untuk pergi jauh lagi semasa kadar diumumkan. Selepas sahaja sidang media berakhir USD terus menguat dengan Eur/Usd dilihat jatuh mencapai paras 1.0500 dan ketika ini didagangkan di paras 1.0481.

Eur/Usd TF Weekly
Eur/Usd TF daily
Eur/Usd TF H4
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat