Ulasan Pergerakan US Dollar Sepanjang Minggu Lalu (14-18 Mei)

740

US dollar adalah matawang kedua terkuat pada minggu lalu di mana ia mencatat kenaikan berbanding matawang utama yang lain kecuali Swissy (CHF). Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang utama yang lain naik lima minggu berturut-turut dan kini menghampiri paras tertinggi enam bulan yang lalu.

Pair USD (USD/XXX) bergerak seiring pada awal minggu lalu tetapi menjadi tidak seiring bermula pada Rabu. Ini menunjukkan pergerakan pair USD bukan sahaja digerakkan oleh kekuatan greenback tetapi juga dipengaruhi oleh pasangan matawang yang satu lagi.

Tiada pemangkin jelas kenaikan US dollar pada Isnin lalu, dan ia dipercayai dipengaruhi oleh peningkatan hasil-bon Amerika Syarikat yang menambah lagi minat pelabur asing kepada pasaran bon AS. Selain itu, kenaikan USD juga disumbangkan oleh kebimbangan ‘perang perdagangan’ yang semakin reda.

Pada Selasa, US dollar meneruskan kenaikannya yang terus dipacu oleh kenaikan hasil-bon Amerika Syarikat. US dollar terus mendapat faedah daripada kenaikan hasil-bon sehingga Khamis.

Walaupun begitu, terdapat sedikit tekanan kepada USD pada Rabu apabila berita tentang Korea Utara mengancam untuk meninggalkan rundingan bersama Amerika Syarikat dan Korea Selatan. US dollar kembali menguat apabila hasil-bon meneruskan kenaikannya, tetapi hanya berbanding Yen dan tiada sebab jelas kenapa perkara ini berlaku.

US dollar meneruskan kenaikan pada Khamis dan Jumaat, terus dipacu oleh peningkatan hasil-bon Amerika Syarikat.

Berikut adalah julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu.

7 – 11 Mei 14 – 18 Mei
Eur/Usd- Volatile 156 pip Eur/Usd – Jatuh 247 pip
Usd/Jpy – sideway 126 pip Usd/Jpy – Naik 187 pip
Gbp/Usd– sideway 157 pip Gbp/Usd – Jatuh 157 pip
Usd/Chf- sideway 80 pip Usd/Chf – Sideway 91 pip
Usd/Cad– jatuh 268 pip Usd/Cad – Naik 175 pip
Aud/Usd– volatile 154 pip Aud/Usd – volatile 117 pip
Nzd/Usd– jatuh 138 pip Nzd/Usd – volatile 124 pip

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat