Update Komoditi Hitam Dalam Sesi Asia Yang Semua Trader Perlu Beri Perhatian!

64

Harga minyak mentah menjunam dalam sesi Asia sementara menunggu data inventori mingguan yang bakal dikeluarkan daripada pasaran komoditi hitam.

Institut Petroleum Amerika akan mengumumkan anggaran stok minyak mentah dan produk tapisan minggu lalu hari ini, diikuti dengan angka rasmi daripada Jabatan Tenaga AS pada hari berikutnya.

Stok minyak mentah AS merosot sebanyak 0.98% kepada $51.28 setong di New York Merchantile Exchange (NYMEX).

Semalam, harga minyak mentah seakan mendapat nafas baru apabila sentimen terhadap pembekuan bekalan yang dijadualkan bakal bermula tahun depan terus menguasai pasaran.

Selain itu, Brent mentah yang merupakan penanda aras minyak global diniagakan pada $54.22 setong.

Walau bagaimanapun, keberkesanan pembekuan bekalan ini hanya boleh berhasil sekiranya kesemua ahli OPEC mematuhi sekatan pengeluaran yang telah ditetapkan.

Aussie Rebah Berikutan Data Mengecewakan Daripada Australia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat