Update Pilihanraya Presiden US: Jon Bon Jovi Antara Penyokong Hillary Clinton

52

Kempen Clinton di Philadelphia dianggap sebagai yang terbesar pada Isnin malam waktu US. Beliau Berjaya mengumpulkan 33,000 orang penyokong untuk mendengar ucapan terakhirnya dan Barack Obama. Turut datang menyemarakkan kempen Clinton ialah vokalis Bon Jovi, Jon Bon Jovi.

Manakala Trump pula akhirnya mendapat sokongan figura terkenal US iaitu Tom Brady seorang pemain American Football terkenal di Amerika.

Ramalan terkini sebelum rakyat Amerika Syarikat keluar mengundi beberapa jam lagi dari sekarang yang dijangka akan bermula pada pukul 9.30 malam waktu Malaysia.

Agensi berita Reuters dan Ipsos States memberikan Clinton 90% peluang mengalahkan Trump yang melihat beliau berada pada trek yang betul untuk memenangi 303 Electoral College (satu badan yang mewakili negeri dalam pilihanraya) berbanding 270 yang diperlukan untuk mengalahkan Trump. Reuters mengatakan Trump hanya akan memenangi 230 Electorel College.

Kempen calon Presiden telah pun berkahir dimana kedua-dua calon saling membuat serangan. Trump menggelarkan Clinton sebagai phony yang bermaksud berpura-pura, manakala Clinton menegaskan Trump akan memisahkan rakyat Amerika.

Clinton dan Trump beraksi dalam saat-saat akhir kempen di beberapa negeri sebagai peluang terakhir menyeru rakyat Amerika yang layak keluar mengundi.

Clinton dilihat lebih mendapat sokongan daripada kaum Latino, Afrika-Amerika dan orang muda Amerika, manakala Trump mungkin mendapat sokongan daripada golongan kelas pertengahan yang didakwa telah dipinggirkan.

Pun begitu, ia sudah cukup untuk memberi laluan buat Clinton memenangi pilihanraya dengan 270 undi pilihan raya yang diperlukan untuk memenangi majoriti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat