Update Terkini: Persaingan Hillary-Trump Semakin Sengit !

44

Matawang Peso adalah matawang yang akan banyak terkesan daripada kemenangan Trump. Setakat ini Peso sudah pun jatuh kira-kira 7% dan didagangkan pada paras 20.42 peso bagi setiap USD setakat ini. Peso dijangka akan jatuh lebih banyak lagi dalam tempoh ini. Setakat ini Trump sedang mendahului Clinton dengan 244 kerusi electoral votes berbanding 209 kerusi.

Swing state akan menjadi penentu kepada kemenangan antara kedua-dua calon ini seperti Florida, Ohio, North Carolina, Pennsylvania dan New Hampshire. Swing state bermaksud negeri yang mempunyai tahap sokongan yang seimbang kepada kedua-dua parti.

Trump sudah pun menang di Texas, Tennesee, South Carolina, manakala antara negeri yang dimenangi oleh Hillary ialah Virginia, New York, New Jersey.

Kita sudah pun melihat bagaimana pergerakan matawang Peso sejak beberapa minggu sebelum ini yang dianggap matawang paling volatile (turun-naik) atas ketaktentuan politik menjelang Pilihanraya Presiden 2016. Sebabnya US adalah rakan dagang Mexico yang terbesar dan prospek kemenangan Trump akan menyebabkan perdagangan antara kedua-dua negara ini terhad. Hal ini disebabkan, pendirian Trump kepada polisi perdagangan US yang terlalu protektif.

Manakala Kemenangan Hillary Clinton akan menguatkan US dollar berbanding matawang utama dunia disebabkan tanggapan pasaran kepada perubahan polisi yang minimum jika Clinton menjadi Presiden US. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, para pelabur lebih suka jika kemenangan berpihak kepada Clinton kerana polisi yang dibawa oleh beliau memberi keyakinan bahawa tidak banyak perubahan kepada polisi sedia ada.

Harus diingat polisi kerajaan yang berubah memberi kesan ketakpastian dalam pasaran dan mungkin akan memberikan risiko kepada pelaburan.

Para pelabur semakin yakin kepada jangkaan kemenangan Parti Demokrat sejak beberapa hari ini yang dapat dilihat Peso menguat sejak tahun 2009. Oleh itu, potensi kemenangan kepada Republikan akan menyebabkan Peso dijual dalam jumlah yang besar. Penganalisis ekonomi di Citigroup, Dirk Wilker mengatakan, “Selepas ketaktentuan yang berlaku semasa Brexit dulu, saya pasti akan monitor secara rapat pergerakan pasaran pada pilihanraya kali ini”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat