Update Terkini: Ramalan Kebanyakan Penganalisis Meleset! Trump Semakin Menghampiri White House

86

Ramai yang tidak menjangka pilihanraya presiden pada hari ini lebih banyak didominasi oleh Donald Trump dan beliau sudahpun memenangi swing state (negeri penentu) persaingan iaitu Ohio, Florida dan North Carolina. Beliau juga sedang mendahului kiraan undi di Michigan yang juga salah satu daripada Swing state. Manakala Pennsylvania yang sedang dalam proses pengiraan sudah berada pada tahap akhir yang mana Trump juga sedang mendahului calon-calon dari parti lain.

Para penyokong Clinton seakan-akan tidak percaya dengan senario yang berlaku pada hari ini yang pada mulanya mereka sangat optimistik Clinton akan meninggalkan Trump jauh di belakang. Ditambah lagi dengan ramalan-ramalan agensi berita utama dunia seperti Bloomberg, CNN, ABC yang menjangkakan Clinton akan menang dengan margin yang agak besar. Pun begitu, semua itu seakan-akan angin yang bertiup, berikutan Trump pada masa ini telah mendahului dengan 266 kerusi berbanding Clinton 218 kerusi.

Penyokong-penyokong Demokrat ketika ini dalam keadaan gelisah dengan peluang yang semakin tipis memihak kepada Clinton. Nampaknya sokongan golongan artis Amerika kepada Clinton seperti Beyonce dan Jon Bonjovi tidak dapat mengubah apa-apa ketika ini dengan Trump yang semakin hampir dimahkotakan Presiden Amerika Syarikat. Penyokong Demokrat yang berhimpun di depan skrin besar CNN dan MSNBC di New York pada mulanya bersorak bila Clinton memenangi negeri-negeri kecil, namun pada ketika ini kelihatan mereka senyap tanpa suara dengan wajah yang sugul.

Trump pada isnin menjangkakan pengundi Amerika akan memberikan kesan yang lebih besar berbanding Brexit dan menyifatkan pilihanraya presiden US adalah lima kali lebih besar daripada Brexit.

Pada ketika ini pasaran saham, bon dan matawang pada sesi Asia menunjukkan pergerakan kepada kemenangan Trump. Selepas menguat selama dua hari sebelum pilihanraya, peso Mexico ketika ini sudah pun jatuh tersungkur pada paras terendah manakala indeks saham hadapan jatuh 5 peratus.

Kita dapat melihat sebentar tadi keadaan yang berlaku dalam pasaran apabila Trump memenangi swing state seperti Florida, North Carolina, Ohio dan Pennsylvania dimana pasaran matawang bergerak pantas terutamanya Peso Mexico dan EUR/USD.

Menurut Ketua Strategi Portfolio di Wells Fargo, Brian Jacobson, “Trump seperti yakin mengatakan pilihanraya kali ini adalah berkali-kali lebih besar berbanding Brexit”. Tambahnya lagi, “Undian setakat ini bergerak pada arah yang salah”.

Sesetengah pelabur telah bersedia dengan keadaan pasaran yang volatile (turun-naik) seperti yang kita saksikan pada hari ini. Ini dapat dilihat dalam Indeks Volatility CBOE (VIX).

Secara keseluruhannya, dengan kemenangan Trump, US dollar akan jatuh berbanding matawang utama dunia yang lain dan pasaran saham juga akan turut mengikuti tren yang sama. Pun begitu, kita tidak dapat menjangkakan jangka masa kejatuhan ini. Apabila Trump sudah memegang tampuk pemerintahan nanti, pasaran dijangka akan pulih semula dalam beberapa bulan pemerintahannya berikutan pendiriannya dalam pemotongan cukai korporat dan dasar yang protektif terhadap ekonomi US.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat