US Dolar Berhadapan Dengan Ketidaktentuan Reformasi Cukai U.S.

102

Matawang US dolar jatuh ke paras terendah lapan minggu lalu berbanding enam matawang yang lain. Kejatuhan US dolar pada Isnin disebabkan kebimbangan pasaran terhadap penangguhan perancangan ‘Reformasi Cukai’.

Senator John Cornyn berkata pada Isnin, “Saya berharap ia akan lulus pada Khamis.” Apabila ditanya sama ada beliau akan mengundi atau pun tidak, jawapannya adalah beliau akan mengundi rang undang-undang tersebut.

Jangkaan ketika ini adalah Ketua Senat McConnell akan membawa rang undang-undang tersebut pada Selasa dan akan berhujah selama 20 jam. Perdebatan ini dijangka akan tamat pada minggu ini juga.

Senator Corker yang terkenal dengan penentangannya terhadap rang undang-undang ini dijangka tidak akan mengundi dan telah menyebabkan reformasi cukai US dalam keadaan ketidaktentuan. Corker mengkritik cukai ini kerana bimbang dengan defisit yang akan semakin meningkat jika ia diluluskan.

US Dolar minggu lalu ditekan oleh komen Janet Yellen, kebimbangan terhadap keluk hasil-bon yang mendatar, data durable-goods yang meleset dari jangkaan dan beberapa lagi faktor politik.

Minggu ini, tumpuan terarah pula kepada perkembangan reformasi cukai di Senat U.S. dan juga komen oleh ahli-ahli The Fed. Setakat ini kita masih melihat kelemahan US dolar yang disebabkan oleh risiko kegagalan reformasi cukai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat