US Dolar Jatuh Disebabkan Pertumbuhan Dan Jangkaan Pengetatan Monetari ECB – Fed Bullard

58

Presiden Fed cawangan St. Louis berkata pada Isnin bahawa Federal Reserve boleh mengekalkan kadar faedah semasa kerana inflasi tidak akan meningkat lebih banyak walaupun pasaran pekerjaan semakin kukuh.

“Paras semasa kadar faedah akan terus kekal bersesuaian dalam jangka masa terdekat,” kata Bullard dalam konferens di Nashville.

Data perbelanjaan penggunaan peribadi (personal consumption expenditure, PCE) yang tidak mengambil kira makanan dan tenaga, yang juga merupakan data keutamaan Fed masih bergerak di bawah paras 2.0% sejak beberapa bulan lalu.

Data ini dijangka hanya akan naik sehingga 1.8% walaupun kadar pengangguran susut kepada 3% dari 4.3%, kata Bullard. Dengan tekanan ke atas yang terhad, bank pusat tidak perlu menaikkan kadar faedah yang akan memperlahankan pertumbuhan.

Bullard juga menyatakan, US dolar telah menyusut tahun ini yang banyak disebabkan oleh pengukuhan dalam ramalan pertumbuhan Eropah dan jangkaan bahawa ECB akan mengetatkan polisi monetari.

Sepanjang beberapa tahun lalu kita telah menyaksikan pengukuhan US dolar bersama kejatuhan harga minyak mentah telah menjadi faktor utama memandu kejatuhan inflasi di US. Ada juga pendapat yang mengatakan kelemahan US dolar boleh membantu menolak inflasi ke atas.

Bullard pasa Isnin juga berkata, bacaan terbaru inflasi yang rendah adalah membimbangkan kerana ia bukanlah sementara tetapi menunjukkan faktor yang kukuh seperti teknologi yang semakin maju membawa harga barangan dan perkhidmatan menjadi lebih rendah. Untuk rekod Bullard tidak mengundi dalam penetapan kadar faedah FOMC tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat