US Dolar Jatuh Pada Isnin Walaupun Merekod Kenaikan Tertinggi Minggu Lalu

63

US Dolar jatuh pada Isnin selepas merekodkan kenaikan terbanyak minggu lalu. Ia adalah yang tertinggi setakat ini pada 2017. Namun, US Dolar melemah sedikit pada Jumaat disebabkan aktiviti ‘pengambilan untung’ (take-profit) sebelum laporan dan event ekonomi penting minggu ini.

Pemain pasaran menjangka kadar faedah akan terus dikekalkan minggu ini, tetapi jangkaan kenaikan pada Disember semakin positif dengan kebarangkalian meningkat kepada 95.7%.

“US Dolar akan semakin mendapat momentum jika terdapat lebih banyak bukti data ekonomi positif minggu ini. Ia akan menolak US dolar lebih tinggi berbanding euro,” kata Richard Falkenhall, ketua strategist forex di SEB Stockholm.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.10% setakat pukul 9.39 malam pada Isnin selepas mencapai paras tertinggi tiga bulan lalu pada Jumaat di paras 95.15.

Data pertumbuhan ekonomi US (GDP) yang dikeluarkan pada Jumaat merekod kenaikan signifikan melebihi jangkaan pasaran dan kali pertama mencatat pertumbuhan 3.0% sejak 2014.

Namun, walaupun dengan data yang positif yang meningkatkan potensi kenaikan kadar faedah bank pusat, sesetengah pelabur merasa bimbang dengan keadaan semasa politik di Amerika Syarikat.

Matawang Euro merekod kenaikan hari ini sebelum jatuh semula. EUR/USD ketika ini menghampiri paras harga pembukaan Isnin di 1.1613. Dengan ketidaktentuan di Sepanyol, hasil-bon negara ini turut merekod penurunan.

Matawang Euro adalah matawang paling banyak merekod keuntungan tahun ini, namun jatuh dari paras tertinggi 1.2000 selepas ahli-ahli ECB mencetuskan komen dovish sejak paras itu dicapai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat