US Dolar Jatuh Semula Berikutan Pengukuhan Semalam Tidak Bersandarkan Asas Yang Kukuh

835

Selepas pengukuhan US dolar pada Isnin, kini matawang greenback melemah semula sejak beberapa jam lepas bermula pada pukul 4 petang pada Selasa.

Pergerakan ini dilihat sebagai tindakan berhati-hati terhadap ucapan Presiden Trump (State of the Union) dan juga mesyuarat polisi monetari FOMC pada Khamis.

Selain itu, apa yang perlu diketahui adalah pergerakan mengukuh US dolar pada Isnin tidak bersandarkan asas yang kukuh dan ini memudahkan ia untuk melemah semula seperti yang dapat dilihat sejak pukul 4 petang tadi.

Data pertumbuhan Zon-Eropah

Pertumbuhan ekonomi Zon-Eropah merekodkan bacaan sejajar dengan jangkaan pada suku keempat menurut laporan awal pada Selasa.

Dalam laporan tersebut, Statistik Eropah (Eurostat) melaporkan kenaikan 0.6% pada tiga bulan terakhir 2017. Pertumbuhan ekonomi pada suku ketiga 2017 merekod bacaan yang lebih tinggi iaitu 0.7%.

Bacaan tahun ke tahun (YoY) merekodkan bacaan 2.7% sejajar dengan jangkaan tetapi kurang daripada bacaan sebelum ini 2.8%.

EUR/USD tidak menunjukkan banyak perubahan selepas data ini dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat