US Dolar Kekal Kukuh Dalam Sesi Dagangan U.S. Pada Selasa

47

US Dolar meneruskan pengukuhan berbanding enam matawang yang lain pada Selasa dengan pasaran sedang memerhati kemajuan dari segi reformasi cukai US dan juga kenaikan kadar faedah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain naik 0.35% setakat pukul 10.24 malam kepada 94.95.

Permintaan terhadap US Dolar terus disokong oleh jangkaan terhadap The Fed yang masih di landasan betul untuk menaikkan kadar faedah pada Disember.

Pelabur-pelabur juga turut menunggu bagaimana Republikan cuba meyakinkan ahli-ahli yang lain untuk menyokong rang undang-undang percukaian yang baru.

Setakat ini USD/JPY naik 0.34%. USD/CAD naik 0.57%. USDCHF naik 0.12%.

Manakala EUR/USD susut 0.29%. GBP/USD susut 0.29%. AUD/USD susut 0.48% dan NZD/USD susut 0.52%.

Matawang Aussie dolar dan NZD adalah matawang yang paling banyak mengalami kerugian berbanding US dolar. Kejatuhan kedua-dua matawang ini bermula pada tengah hari tadi selepas penetapan polisi bank pusat RBA.

Selain daripada perkembangan di US, pasaran juga sedang mengikuti lawatan Presiden Trump ke Asia. Trump tiba di Korea Selatan pada Selasa dengan kebimbangan terhadap tindakan susulan oleh Korea Utara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat