US Dolar Kini Lemah Menjelang Undian Bajet Kerajaan AS Pagi Nanti

1,155

US dolar jatuh semula selepas membuat kenaikan pada Khamis dengan matawang GBP melonjak begitu tinggi berbanding greenback. Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang US dolar susut 0.22% setakat pukul 10.38 malam dan kini berada pada paras 89.95.

Pukul 8 malam tadi pasangan matawang GBP/USD membuat lonjakan di mana sehingga setakat ini telah merekodkan kenaikan 200 pip. Ini adalah satu kenaikan yang begitu meyakinkan selepas kenyataan oleh Gabenor Carney yang juga meyakinkan pada Khamis. Bank of England (BoE) mengatakan kadar faedah berkemungkinan dinaikkan lebih awal daripada apa yang dijangkakan.

US dolar membuat kenaikan ke paras tertinggi dua minggu lalu pada Khamis berdasarkan indeks US dolar. Kenaikan ini dipacu oleh perjanjian di dewan senat AS tentang perjanjian bajet kerajaan selama dua tahun.

Ketua-ketua Kongres pada Rabu mencapai kata sepakat bajet kerajaan dua tahun bagi mendapatkan modal sehingga hampir $300 billion. Apa yang menyebabkan kenaikan US dolar adalah perjanjian ini mengelakkan risiko kepada penutupan kerajaan Amerika Syarikat dalam tempoh dua tahun.

Namun bajet ini belum lagi menjadi sah di sisi undang-undang dengan Kongres dijangka akan mengundi awal pagi nanti.

Setakat pada pukul 10.49 malam, terdapat kejatuhan US dolar yang agak signifikan dengan USD/CAD, USD/CHF dan USD/CHF jatuh dari paras tertinggi hari ini.

Pasaran Komoditi

Harga emas pula setakat ini naik semula selepas jatuh ke paras terendah pada Khamis dengan US dolar ketika ini juga turut melemah. Emas biasanya sensitif kepada pergerakan US dolar di mana apabila US dolar lemah biasanya emas akan mengukuh dan begitu juga sebaliknya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat