US Dolar Masih Tertekan Dengan Berita Penyiasatan Kaitan Kempen Trump-Rusia

69

US Dolar melemah pada Jumaat selepas laporan Wallstreet Journal tentang penyiasatan potensi gangguan pihak Rusia terhadap pilihanraya U.S. tahun lalu. Pihak penyiasat telah mengeluarkan ‘sapina’ atau arahan undang-undang kepada kempen pilihanraya Presiden Trump.

Penyiasat khas Robert Mueller mengeluarkan sapina bulan lalu untuk beberapa dokumen yang mengandungi ‘keyword’ Rusia.

Sejak daripada pembukaan pasaran Asia pada Jumaat, indeks US dolar setakat ini telah susut 0.19% pada masa artikel ini ditulis.

Pasaran dilihat bimbang dengan berita terbaru ini, walaupun terdapat lagi satu berita yang agak positif kepada US dolar iaitu berita kelulusan ‘perubahan cukai’ oleh House of Representative.

Walaubagaimanapun, fokus tetap terarah kepada ‘reformasi cukai US’ yang kini akan diperdebatkan pula di House. Republikan mungkin mengalami kesukaran untuk meluluskan ‘reformasi cukai’ ini kerana majoriti Republikan adalah lebh kecil di Senat.

Apa yang kita boleh simpulkan di sini adalah walaupun dengan sentimen positif kelulusan di Senat, tetapi dengan berita terbaru ‘sapina’ yang dikeluarkan oleh Mueller terhadap kempen Trump, ini sebenarnya akan memberi tekanan kepada proses kelulusan ‘perubahan percukaian’ di Amerika Syarikat.

Disebabkan risiko ini, kita juga melihat pengukuhan permintaan aset ‘safe-haven’. Dengan Yen, Swissy dan Emas membuat kenaikan pada sesi Asia.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat