US Dolar Membuat Kenaikan Selepas Teks Ucapan Powell Dikeluarkan

1,053

US dolar menguat selepas teks ucapan Jerome Powell dikeluarkan pukul 9.30 malam tadi. Untuk pengetahuan anda Jerome Powell adalah pengganti Janet Yellen sebagai Pengerusi Federal Reserve (bank pusat AS) yang baru. Jerome Powell akan membuat sesi keterangan di hadapan Kongres pukul 11 malam ini yang menjadi rutin seorang Pengerusi Fed setiap enam bulan sekali.

Teks ucapan pengerusi Fed sememangnya dikeluarkan awal 90 minit sebelum sidang keterangan beliau di hadapan Kongres berlangsung. US dolar setakat pada pukul 10 malam membuat kenaikan yang signifikan dengan Powell menegaskan perlunya lanjutan kenaikan kadar faedah beransur-ansur.

Beliau mengatakan pendirian FOMC untuk melanjutkan kenaikan kadar faedah (Fed Fund Rate) bagi mencapai sasaran inflasi yang stabil dan gunatenaga-penuh.

Powell juga berjanji untuk mengimbangi antara usaha menstabilkan inflasi dan juga usaha untuk mencapai sasaran inflasi 2%. Tidak lupa juga, beliau menunjukkan keadaan ekonomi semasa Amerika Syarikat yang memberangsangkan terutamanya dari segi pasaran pekerjaan.

Pasaran terutamanya ‘forex trader’ akan terus meneliti komen Powell pukul 11 malam nanti apabila beliau berhadapan dengan soalan-soalan daripada Kongres Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat