US Dolar Meneruskan Kenaikan Jumaat Lalu, GBP/USD Jatuh 160 Pip

744

US dolar pada Isnin didagangkan sedikit tinggi berbanding matawang utama yang lain di mana EUR/USD kini susut dengan GBP/USD jatuh sehingga 120 pip dari paras tertinggi hari ini.

Matawang US dolar dilihat cuba meneruskan pengukuhan selepas data pekerjaan NFP yang memberangsangkan Jumaat lalu. Data begitu positif apabila kadar gaji (average hourly earnings) merekod kenaikan 0.3% lebih daripada jangkaan 0.2%. Lonjakan matawang greenback ditambah dengan data tambahan pekerjaan yang juga melebihi ramalan pasaran.

Kenaikan US dolar pada Jumaat diiringi dengan kejatuhan saham di Wallstreet. Banyak pendapat yang mengatakan sebab kejatuha itu antaranya ialah, “kebimbangan terhadap kenaikan inflasi yang mungkin memerlukan kenaikan kdar faedah Fed yang lebih pantas.”

Kejatuhan saham Wallstreet adalah relevan jika kita mengambil kira kos pinjaman yang semakin meningkat di masa hadapan dengan fasa pengetatan polisi monetari akan berterusan dan mungkin lebih pantas.

Namun, ketika ini setakat pada pukul 10.58 malam terdapat pengukuhan US dolar yang agak banyak dengan EUR/USD dan GBP/USD setakat ini telah merekod kejatuhan 70 pip dan 160 pip masing-masing dari paras tertinggi yang dicapai pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat