US Dolar Menguat Sebaik Saja Laporan Ini Dikeluarkan, Pertumbuhan Dinaikkan 1.2%

36

Laporan kedua pertumbuhan ekonomi US menunjukkan bacaan sebelum ini telah dikaji semula dan dinaikkan kepada 1.2% dari 0.7%. Jangkaan kali ini ialah ia dinaikkan kepada 0.9%.

Data inflasi perhatian The Fed, perbelanjaan penggunaan peribadi (Personal Consumpton Expenditure) dinaikkan kepada 0.6% dari 0.3% sebelum ini. Komponen pelaburan juga dinaikkan bacaannya daripada 4.3% kepada 4.8%.

Perbelanjaan kerajaan pula masih menjadi penyumbang negatif pada suku pertama walaupun bacaan dinaikkan dari bacaan pertama sebelum ini.

Perdagangan menyumbang sedikit kepada pertumbuhan ekonomi di mana eksport meningkat 5.8% pada suku pertama, walaupun bacaan pertama lebih baik.

Indeks harga GDP pula diturunkan dari 2.3% kepada 2.2%.

Dalam mesyuarat Federal Reserve bulan Mei yang lalu, bank pusat menjangkakan catatan pertumbuhan pada suku pertama adalah lemah dan berpendapat ia hanyalah sementara khususnya oleh faktor musim yang sejak beberapa tahun lalu merekod trend yang serupa.

Dalam konteks ini, data di masa hadapan akan memberi impak yang lebih penting kepada jangkaan The Fed dan pendirian di dalam FOMC. Bacaan yang dinaikkan hari ini akan meningkat keyakinan pasaran buat masa ini.

Selepas sahaja laporan data ini dikeluarkan dengan kajian semula bacaan dinaikkan dari bacaan pertama, US dolar menguat secara keseluruhan dengan Eur/Usd kini telah jatuh hampir 50 pip. Usd/Jpy juga naik sehingga hampir 40 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat