US Dolar Mengukuh, Minyak Mentah Jatuh, Harga Emas Jatuh

78

Matawang US dolar bergerak lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain pada Isnin selepas Senat U.S. meluluskan reformasi cukai pada Sabtu. Sterling pula melonjak berikutan spekulasi isyarat positif oleh pihak Eropah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.41% setakat pukul 10.58 malam pada Isnin.

US dolar dilonjakkan oleh jangkaan terhadap pemotongan cukai yang akan menyokong ekonomi Amerika Syarikat. Hasil-bon U.S. juga semakin meningkat dengan kerajaan dijangka lebih bergantung kepada hutang dengan cukai pendapatan yang semakin berkurangan.

Walaubagaimanapun, pelabur kekal berhati-hati dengan pengukuhan US dolar dengan siasatan terhadap kaitan Rusia dalam pilihanraya tahun lalu terus berjalan.

Pasaran Minyak Mentah

Harga minyak mentah kekal rendah pada Isnin dengan kebimbangan terhadap pengeluaran di U.S. yang mampu menekan usaha pemotongan oleh OPEC dan non-OPEC.

Harga minyak WTI setakat pukul 11.04 malam jatuh 1.01% kepada $57.76 setong.

Harga minyak mentah meningkat minggu lalu disebabkan jangkaan pasaran terhadap lanjutan pemotongan bekalan oleh pengeluar-pengeluar minyak dunia.

Pasaran Komoditi Berharga

Harga emas kekal rendah pada Isnin dengan sentimen positif yang menyokong US dolar. Kelulusan reformasi cukai oleh Senat U.S. menyebabkan kejatuhan harga emas dengan membuat gap-down pada pembukaan pasaran Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat