US Dolar Menjunam Ke Paras Terendah 10-Bulan Lalu

52

US dolar jatuh ke paras terendah 10-bulan lalu jika dilihat dalam indeks US dolar pada Selasa berikutan ketidaktentuan perancangan normalisasi Federal Reserve dan juga kebimbangan terhadap kegagalan pentadbiran baru US membawa perubahan polisi penting di Amerika Syarikat.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain kini berada di sekitar 94.56. Sebelum ini US dolar mencapai paras tertinggi 14 tahun lalu di paras 103.82 pada 3 Januari 2017 dan sehingga kini US dolar merekod 8.4% kerugian.

Dua lagi Senator Rupublikan, Jerry Moran dan Mike Lee mengumumkan bantahan mereka pada Isnin terhadap rang undang-undang kesihatan Republikan, sekali lagi memberi tamparan kepada Trump.

“Jika rang undang-undang ini tidak lulus, pemotongan cukai juga tidak akan berlaku. Implementasi polisi fiskal Trump akan mengalami kesukaran”, kata Bart Wakabayashi, Pengurus State Street di Tokyo.

Selepas data mengecewakan pada Jumaat dan komen dovish Yellen minggu lalu, kini potensi kenaikan kadar faedah berada di bawah paras 40%.

Sejak akhir-akhir ini US dolar banyak dihentam oleh komen-komen hawkish oleh bank pusat Eropah, UK dan Kanada yang telah menaikkan kadar faedah minggu lalu kepada 0.75%.

Bank pusat Eropah (ECB) akan mengadakan mesyuarat pada Khamis dan dijangka akan mengekalkan polisi semasa dengan para pelabur akan memberi perhatian kepada panduan ke hadapan (forward guidance) oleh bank pusat.

Dolar New Zealand pada awal Selasa jatuh sehingga 0.8% selepas data inflasi kurang daripada jangkaan 0.2%. Kini Kiwi merekod kenaikan 0.41% apabila mengukuh semula dari paras terendah 0.7261.

Secara keseluruhan US dolar melemah berbanding enam matawang yang lain di mana USDJPY susut 0.49%, USDCAD susut 0.46%, USDCHF susut 0.28%, EURUSD naik 0.41%, dan GBPUSD naik 0.34% setakat pukul 2.24 pm.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat