US Dolar Menjunam, Semua Disebabkan Komen Terbaru Trump!

108

US dolar menjunam ke paras terendah berbanding matawang utama dunia yang lain pada Rabu selepas Presiden Donald Trump mengatakan “matawang USD terlalu kuat”. Dalam keadaan sebegini di mana risiko geopolitik semakin memuncak, telah menambahkan lagi kelemahan US dolar.

Presiden Trump memberitahu perkara itu kepada Wall Street Journal pada Rabu bahawa beliau merasakan matawang (US dolar) semakin menguat.

Ia bukanlah kali pertama Trump menyampaikan kebimbangannya terhadap pengukuhan US dolar, selepas beberapa kali beliau memberi amaran  bahawa penguatan US dolar telah banyak merugikan syarikat Amerika yang menjalankan perniagaan di luar negara.

Selain itu, terdapat juga laporan yang mengatakan beliau lebih suka dengan polisi kadar faedah rendah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama dunia yang lain jatuh 0.31% kepada 100.31 selepas komen beliau tersebar di ruang media.

Komen terbaru ini menambah lagi kesengsaraan US dolar yang sedang tertekan dengan risiko geopolitik di Syria dan Korea Utara dengan para pelabur dilihat beralih kepada instrumen safe haven seperti emas, bon dan matawang Yen.

Emas naik 0.77% kepada $1283 pukul 3.48 pagi tadi dengan Yen turut menguat. Usd/Jpy menjunam sehingga berhampiran 109.00 setakat pukul 4.15 pagi tadi.

Instrumen seperti emas biasanya akan mendapat permintaan tinggi dalam ketidaktentuan pasaran seperti  ini sebagai ‘penyimpan nilai’ bagi mengelak risiko pelaburan. Tidak lupa juga pasaran bon yang juga mendapat permintaan tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat