US Dolar Menyusut, Harga Minyak dan Emas Naik – Sesi Asia

59

Forex

Matawang US dolar menyusut berbanding yen pada hari Jumaat dalam sesi dagangan Asia.

AUD mencatat bacaan yang stabil pada 0.7667 berbanding US dolar. USD/JPY menunjukkan bacaan pada 112.28, menyusut sebanyak 0.10% setakat jam 10.10 a.m.

  • Pengukuhan yen didorong laporan ekonomi yang positif iaitu keyakinan perniagaan sektor pembuatan utama meningkat pada bulan Disember dalam suku keempat.
  • Soal selidik Tankan menunjukkan bacaan 25 berbanding sasaran yang menjangkakan bacaan 24.
  • Peningkatan bacaan menunjukkan tanda bahawa ekonomi sedang bertumbuh.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam menyusut sebanyak 0.07% kepada 93.57 dalam sesi dagangan Asia pada Jumaat setakat jam 10.10 a.m.

  • Semalaman US dolar mengukuh berikutan data ekonomi yang positif.
  • Jualan runcit (retail sales) Amerika Syarikat meningkat pada bulan ketiga berturut-turut pada November. Jualan runcit meningkat 0.8% bulan lalu menurut Jabatan Perdagangan AS lebih daripada jangkaan 0.3%.
  • Selain itu, jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran pada minggu lepas bagi minggu berakhir pada 08 Disember berkurangan sebanyak 11,000 kepada 225,000.

Minyak

Harga minyak bercampur pada hari Jumaat dalam sesi dagangan Asia.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.12% kepada $57.11 setakat jam 10.10 a.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik pada awalnya dan kini jatuh sebanyak 0.22% kepada $63.27 setong setakat jam 10.10 a.m.

  • Peningkatan harga minyak masih lagi didorong faktor utama seperti kerusakan saluran minyak Forties di Laut Utara.
  • Selain itu, OPEC, Rusia dan non-OPEC berkemungkinan akan mengubah kuantiti pemotongan minyak berdasarkan pelan asal sehingga akhir tahun 2018.

Emas

Harga emas kembali membuat lonjakan walaupun menyusut sedikit berikutan kelemahan matawang US dolar.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat menyusut sebanyak 0.02% pada Jumaat kepada $1,257.00 setakat jam 10.10 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat