US Dolar Naik Disebabkan Kejatuhan Euro, Minyak Mentah Kekal Kukuh

739

Matawang Yen secara keseluruhannya  membuat kenaikan pada Selasa selepas Bank of Japan (BoJ) mengurangkan amaun pembelian bon jangka panjangnya hari ini. Matawang Euro pula susut daripada paras tertinggi minggu lalu.

USD/JPY jatuh 0.44% dari 113.16 ke paras 112.62 setakat pukul 10.20 malam.

Matawang Yen mengukuh selepas BoJ mengurangkan saiz pembelian bonnya sebanyak 5% sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa ia akan mengurangkan rangsangan monetari tahun ini.

Matawang Euro jatuh sehingga ke paras terendah dua minggu lalu berbanding US dolar. EUR/USD susut 0.35% setakat pukul 10.26 malam ke paras 1.1926.

Kejatuhan Euro disebabkan pengambilan untung oleh pelabur-pelabur selepas kenaikan (rally) sebelum ini menimbulkan kebimbangan ECB akan cuba melemahkan matawang itu.

Kelemahan Euro telah menyokong US dolar dengan indeks US dolar ketika ini naik 0.20% walaupun USD/JPY juga jatuh dengan banyak.

 

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah dunia meneruskan kenaikan melepasi paras harga $68 setong pada Selasa sehingga mencapai paras tertinggi tahun 2015. Ini disokong oleh pemotongan bekalan yang diketuai OPEC ketika ini dan jangkaan inventori yang terus jatuh pada minggu kelapan berturut-turut.

Harga minyak WTI berada di sekitar $62.12 setong dan Brent $68.08 setong setakat pukul 10.39 malam.

“Harga minyak mentah dijangka kekal ke atas,” kata Carsten Fritsch penganalisis di Commerzbank.

“Dengan stok minyak mentah dijangka jatuh dengan banyak minggu ini dan pematuhan pemotongan bekalan di tahap tinggi, pelabur yakin pasaran akan terus mengetat.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat