US Dolar Semakin Tertekan Setakat Malam Ini

42

Matawang US dolar menyusut berbanding enam matawang utama pada hari ini berikutan peningkatan matawang euro selepas laporan imbangan perdangangan dan indikasi bernada hawkish oleh salah seorang ahli bank pusat Eropah (ECB).

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.55% kepada 93.04 pada jam 10.51 malam.

EUR/USD meningkat sebanyak 0.60% kepada 1.1811 yang merupakan peningkatan tertinggi sejak 4 Oktober.

Matawang Euro mengukuh berbanding matawang lain selepas laporan imbangan perdangangan yang positif di Jerman pada Ogos. Ini menunjukkan ekonomi zon Eropah yang berkembang dengan baik pada suku tahun ketiga.

Euro bertambah kukuh selepas Sabine Lautenschlaeger mengeluarkan kenyataan pada hari Isnin, bahawa ECB harus mengurangkan pembelian aset pada tahun hadapan.

Dolar bertambah lemah berbanding matawang yen, dimana USD/JPY menyusut 0.55% kepada 112.05 setakat pukul 11.07 malam. Pasangan matawang tersebut telah mencapai paras tertinggi tiga-minggu lalu pada Jumaat selepas laporan data upah menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan.

Matawang Sterling juga menunjukkan peningkatan berbanding dolar apabila GBP/USD meningkat 0.57% iaitu 1.3192.

Peningkatan ini didukung oleh laporan pada bulan Ogos yang menunjukkan defisit perdagangan yang tinggi berikutan peningkatan barangan import dan eksport yang semakin berkurang. Laporan lain juga menunjukkan pengeluaran pembuatan meningkat melebihi daripada jangkaan iaitu sebanyak 0.4% pada bulan Ogos.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat