US Dollar Ambil Nafas Sikit Pada Sesi Asia

40

US Dollar turun sedikit berbanding Yen pada sesi dagangan Asia awal pagi ini. Ia diakibatkan oleh isu yang Jepun berpotensi untuk melakukan rangsangan ekonomi dan menyebabkan Yen berada dalam keadaan sedikit risiko.

USD/JPY naik hampir 450pips sejak hari Isnin lalu dari paras harga psikologi iaitu ¥100

EUR/JPY pula naik dari paras 110.90 hampir 600 pips selepas pemulihan pasaran ekuiti Eropah yang telah menyebabkan pelabur mengurangkan pegangan aset selamat seperti matawang Yen.

Walaupun yen mungkin susut selanjutnya dalam tempoh terdekat, penurunan berterusan berbanding dolar nampaknya tidak mungkin, kata Daisuke Karakama, Ketua Ekonomi pasaran pada Mizuho Bank.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Selasa memberitahu Menteri Ekonomi untuk menyusun pakej rangsangan ekonomi pada akhir bulan ini untuk memulihkan ekonomi yang lesu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat