US Dollar Tambah Tertekan Dengan Komen Dari Donald Trump!

86

US Dollar menjunam dengan mendadak ke paras terendah dalam tempoh lima bulan berbanding yen dalam sesi Asia pada Khamis. Junaman itu disaksikan selepas Presiden AS, Donald Trump ‘membantu’ penurunan matawang gergasi tersebut selepas menyifatkan momentum US Dollar terlalu kuat buat masa ini.

Trump sebelum ini memberitahu Wall Street Journal bahawa beliau lebih suka Fed untuk mengekalkan kadar faedah pada tahap yang rendah kerana menganggap matawang US Dollar yang terlalu kuat akan merugikan syarikat Amerika di luar negara.

Komen tersebut juga dikaitkan dengan retorik perlindungan perdagangan yang diperjuangkan oleh Trump yang juga merupakan salah satu ancaman kepada peningkatan US Dollar.

Menurut ahli strategi matawang kanan di Barclays, pandangan Trump tersebut telah menambah tekanan buat Greenback.

US Dollar dinilai menjunam kepada 108.92, iaitu nilai terendah dalam tempoh lima bulan sekali gus merekodkan junaman sebanyak 1.8 peratus minggu ini berbanding Yen.

USD/JPY, 30 minit

Dalam sesi ini juga, Euro dinilai dalam dagangan yang agak stabil pada $1,0669.

Sementara itu, Dollar Australia pula kembali bangkit selepas kejatuhan US Dollar. Aussie dinilai meningkat sebanyak 0.20 peratus dalam sesi ini dan berundur daripada sesi terendah dalam tempoh tiga minggu sebelum ini.

US Dolar Menjunam, Semua Disebabkan Komen Terbaru Trump!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat