US Rekod Kejatuhan Stok Kurang Daripada Jangkaan

65

Harga minyak mentah dunia ketika ini jatuh hampir kepada paras terendah pada Rabu selepas data inventori minyak dikeluarkan pukul 10.30 malam. Data inventori EIA menunjukkan pengurangan stok di US yang kurang daripada jangkaan pasaran menunjukkan tekanan terhadap bekalan dunia.

Minyak WTI (West Texas Intermediate) ketika ini bergerak di sekitar $48.77 jatuh dari paras tertinggi hari ini di $49.30 setakat pukul 10.58 malam. Manakala minyak Brent turut tertekan ketika ini.

Energy Information Administration (EIA) melaporkan pengurangan inventori sebanyak 1.5 juta minggu lalu berbanding ramalan pasaran yang menjangka kejatuhan lebih banyak.

Jumlah inventori Amerika Syarikat ketika ini berada di sekitar 481.9 juta tong setakat minggu lalu.

Data hari ini sepatutnya memberi keyakinan kepada pasaran komoditi hitam, khususnya dengan kejatuhan stok dari paras tahun lalu walaupun kemajuan dalam pasaran sejak akhir-akhir ini telah banyak diserap oleh pasaran.

Data API (American Petroleum Institute) yang dikeluarkan sehari sebelum pula merekod kenaikan 1.78 juta tong berbanding jangkaan pengurangan 2.8 juta. Hal ini telah menyebabkan kejatuhan mendadak harga minyak mentah global pada Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat