USD/CAD Jatuh Ke Paras Terendah Sejak September 2017!

275

Dolar Kanada berjaya mengekalkan momentum pengukuhan berbanding US dolar untuk minggu keempat berturut-turut didorong sentimen pasaran minyak mentah di samping penyusutan nilai US dolar.

Menjadi eksport utama Kanada, harga minyak mentah dijangka untuk meningkat ekoran laporan serangan terhadap saluran paip bahan bakar terbesar di Amerika Syarikat (AS) sehingga memaksa operasi dihentikan.

Pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD, harga telah mencatatkan penurunan sehingga ke paras terendah terbaru sejak September 2017.

Pada Jumaat lalu, kedua-dua mata wang menjadi tumpuan apabila laporan data pekerjaan Kanada dan NFP AS diterbitkan bersama.

Kedua-dua laporan mencatatkan bacaan yang mengecewakan dan gagal menyuntik sokongan untuk lonjakan nilai mata wang masing-masing.

Pun begitu, US dolar dilihat bergerak lebih lemah berbanding dolar Kanada mendorong harga menutup dagangan minggu lalu di paras terendah mingguan sekitar 1.21200.

Harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat trend bearish.

Penurunan harga pada awal minggu ini perlahan namun dijangka untuk menuju ke paras support 1.20500 untuk harga terus merekodkan paras terendah terbaru 4 tahun.

Untuk situasi kenaikan harga pula, rintangan pada paras 1.21800 akan diuji terlebih dahulu sebelum harga menuju pula ke zon SBR (support become resistance) 1.22700.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat