USD/CAD Kembali Pamer Penurunan Selepas Capai Paras Tertinggi 4 Tahun

522

Harga minyak mentah catat pemulihan pada dagangan penghujung minggu ini dengan kenaikan sekitar 20%. Minyak mentah WTI kembali diniagakan di atas paras $25 dolar setong semula selepas cecah penurunan di bawah paras $20 dolar pada minggu ini.

Kenaikan harga minyak mentah pada Jumaat turut disokong oleh kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang memberi isyarat campur tangan beliau dalam isu perang harga antara Arab Saudi dan Rusia pada “masa yang sesuai”.

Beliau menyatakan akan mencari jalan penyelesaian untuk masalah pertikaian antara dua negara pengeluar minyak terbesar dunia itu.

Perkembangan positif ini turut memberi sokongan terhadap dagangan matawang dolar Kanada dalam pasaran yang sensitif terhadap perubahan harga minyak mentah.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD, Loonie mula mengukuh dengan menekan harga turun semula selepas mencapai kenaikan ke paras tertinggi sejak Januari 2016.

Paras ketingian sekitar 1.46600 yang dicapai semalam itu kembali menunjukkan penurunan harga semula sehingga bersambung pada dagangan hari ini.

Sejak awal sesi Asia lagi, harga telah mula menunjukkan penurunan dan telah bergerak lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat awal perubahan trend harga.

Penurunan kini menuju paras 1.42700 untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut sebelum penurunan lebih rendah harga.

Penurunan seterusnya berkemungkinan kembali menguji zoin RBS pada sekitar paras 1.40000.

Namun jika harga gagal melepasi zon RBS 1.42700, harga berkemungkinan menyambung semula kenaikan dan menguji paras ketinggian semalam.

Jika  kenaikan lebih tinggi harga berjaya lepasi paras 1.46900, harga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 17 tahun.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat