USD/CAD Menembusi 1.3000 – Ini Fundamental Semasa Dolar Kanada

1,288

Dolar Kanada (CAD) kekal lemah khususnya berbanding US dollar di mana pair USD/CAD kini telah berjaya menembusi paras harga 1.3000. Walaupun harga minyak mentah (WTI) mengukuh, tetapi ada isu yang lebih penting mempengaruhi kelemahan dolar Kanada. Oleh sebab itu, harga minyak mentah bukan satu-satunya faktor yang kita pertimbangkan dalam analisis fundamental CAD.

Presiden Trump berkata dalam tweetnya 20 jam yang lepas tentang defisit dagangan terhadap Kanada. Hal ini telah menimbulkan spekulasi bahawa Kanada adalah sasaran utama dalam agenda protectionist Amerika Syarikat. Sudah tentu ia membimbangkan pasaran terutamanya mereka yang memegang dolar Kanada.

Rundingan NAFTA masih lagi isu utama kepada CAD walaupun terdapat potensi pengecualian tariff keluli terhadap Kanada. Selagi rundingan NAFTA tidak menunjukkan perkembangan yang positif terhadap A.S., selagi itu lah matawang dolar Kanada (CAD) akan terus berhadapan dengan tekanan.

Matawang komoditi dan yang matawang yang banyak bergantung kepada perdagangan dilihat tertekan termasuklah Aussie berikutan risiko perang perdagangan A.S. dengan China.

Apa yang menambah tekanan kepada CAD adalah komen Gabenor Poloz awal minggu ini yang dilihat dovish. Walaubagaimanapun, berkemungkinan pair USD/CAD akan membuat pembetulan harga (correction) dalam masa terdekat dengan beberapa potensi yang dapat dilihat dari analisis teknikal dan fundamental.

>>>DAPATKAN BUKU ANALISIS TEKNIKAL. KLIK SINI.<<<

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL KLIK SINI.<<<

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat