USD/CAD Menguat Selepas Data GDP Kanada Dikeluarkan

481

Ekonomi Kanada meleset pada Januari apabila merekodkan bacaan Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (GDP) -0.10%. Jangkaan pasaran bagi data kali ini adalah kenaikan 0.1% selepas merekodkan kenaikan 0.2% pada bulan Disember.

Untuk pengetahuan anda data pertumbuhan ekonomi (GDP) atau KDNK dalam bahasa adalah data kedua penting yang semua forex trader perlu beri perhatian selepas data INFLASI. Sebabnya mudah, anda boleh lihat sendiri pergerakan matawang CAD sejak data ini dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi.

Kita dapat lihat pergerakan CAD yang lemah selepas data ini dikeluarkan. Matawang CAD melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain setakat pada pukul 8.45 malam. Kelemahan CAD paling jelas dilihat berbanding US dollar di mana USD/CAD naik hampir 50 pip walaupun selepas itu melemah semula.

Dolar Kanada sebelum data GDP dikeluarkan dilihat mengukuh walaupun pasaran menjangka data yang dikeluarkan adalah negatif.

Jika kita lihat kepada tahun lalu, negara Kanada merekodkan pertumbuhan yang kukuh pada separuh pertama di mana momentum ekonomi berkembang 4.5% pada separuh kedua tahun 2017. Hal ini lah yang menyebabkan Bank of Canada (BoC) menaikkan kadar faedahnya sebanyak tiga kali sejak daripada Julai 2017.

Logiknya, kita boleh ambil sebab pengetatan polisi ini yang menjadi faktor kepada kelemahan pertumbuhan ekonomi sejak Disember dan bacaan yang dikeluarkan pada Khamis.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat